Ahlan Wasahlan Ya , Sidqi .

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua hamba Allah yang santun lagi berbudi yang mencintai apa yang telah dimiliki oleh anda . Anda diciptakan seperti yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk anda . Apa anda pada saat ini adalah anda yang bersyukur dengan segala nikmat-Nya . Alhamdulillah . Kita semua dilahirkan di dunia ini dengan begitu banyak nikmat yang tidak terkira seperti banyaknya buih di lautan . Sedangkan masalah dan badai yang seringkali melanda kita hanya secebis darinya . Cintai dan sayangilah apa yang telah dimiliki anda itu . Jangan tidak menyedari pula rezeki dan nikmat yang ada di depan mata tetapi masih mencari sesuatu yang lain yang mungkin tidak baik untuk dimiliki . Sesungguhnya begitu banyak kekurangan yang dimiliki oleh seseorang hamba Allah . Tetapi kekurangan itulah yang telah membuatkan kita semakin bersemangat untuk hidup dan meneruskan usaha untuk memperbaiki apa yang terkurang dan tidak sepatutnya . Jangan putus asa dan jangan pula bersedih dengan hidup anda . Bergembiralah dan berbahagialah dengan hidup anda . Ketahuilah bahawa apa sahaja ujian yang Allah berikan untuk anda adalah yang semestinya mampu diatasi dan diselesaikan oleh anda . Tidak ada sesuatupun ujian yang diberikan-Nya melebihi keupayaan kita untuk mengatasinya . Percayalah . Ujian dan masalah adalah suatu tanda bahawa Allah S.W.T. ingin menguji keimanan kita terhadap -Nya dan membuktikan bahawa Dia mempedulikan anda dan menumpukan penglihatan-Nya kepada anda . Jadi , bersyukurlah . Buatlah sesuatu untuk mengubah diri anda . Sekian wassalamualaikum . 

Comments

Popular posts from this blog

susah susah lama lama jadi senang,,, sesuai dakk???

~Number One For Me~

6 JENIS RASA TAKUT...